Muzik ialah satu irama yang mempunyai pelbagai rentak dan boleh djuga mempunyai pelbagai kentak dan boleh terima oleh individu dab berbeza bergantung kepada sejarah,lokasi,budaya dan citarasa seorang.Muzik juga dapat meluahkan perasaan dan tenaga oleh individu terutama dan mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.Keadaan ini menyebabkan rancangan muzikal telah mendapat sambutan hangat masyarakat terutama remaja.Sesungguhnya,muzik juga mempunyai pelbagai kesimpulanya yang boleh mengubah kehidupan seseorang.
Terdapat pelbagai jenis genre dalam satu rentak muzik.Aantaranya ialah Jazz ialah salah satu daripada rentak muzik bercirikan sifat angkuh,bongkak dan sebagainya. Muzik Jazz merupakan jenis muzik yang dikembang pertama kali oleh orang-orang Amerika.Muzik ini berasal dari New Orleans,Amerika Syarikat. Muzik Jazz juga boleh menggunakan intrumen.Sebagai contohnya piano,bass,drum,gitar,saksoton,trambon dan trompet ialah instrumen utama yang sering digunakan pada muzik Jazz.
Begitu juga dengan muzik lain. Antaranya ialah RnB. Muzik rhyrhm dan blues atau juga dikenali sebagai RnB adalah genre muzik popular menggabungkan jazz, gospel dan blues yang pertama kali diperkenalkan oleh pemuzik Amerika Syarikat . Muzik ini telah berkembang selama bertahun-tahun dan menghiburkan pendengar dengan berbagai genre RnB versi awal berfokus pada hitme boogie dengan artis terkenal antara lain Bo Diddley dan Chuck Berry. Antara contoh lagu RnB ialah All of Me dinyanyikan oleh John Legend, Stan dinyanyikan oleh Eminem dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, muzik juga boleh melibatkan tarian yang rancak mahupun tradisional. Antaranya ialah K-pop. Pop Korea atau K-pop adalah sejenis aliran muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Kebanyakan artis dan kelompok pemuzik dari Korea menggunakan aliran muzik ini. K-pop mengandungi campuran genre hip-hop elektro, pop, rock dan RnB. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea. Kemampuan K-pop untuk mencapai penonton yang sebelum ini tidak dapat diekses melalui internet telah memacu satu anjakan paradigma dalam pendedahan dan kepopularan genre ini. Antara contoh lagu kpop ialah Sorry Sorry dinyanyikan oleh Super Junior dan Growl dinyanyikan oleh EXO.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai muzik yang boleh kita dengari melalui radio, "youtube" dan sebagainya. Tetapi terdapat banyak juga kelebihan dan keburukan muzik.
No comments:
Post a Comment