Laras Bahasa
Laras bahasa membincangkan 2 konsep iaitu pengguna dan penggunaan.
Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek.
Contoh: dialek Kelantan, Terengganu, Sarawak dan sebagainya.
Penggunaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara
berbeza-beza dalam pelbagai situasi. Penggunaan yang berbeza-beza ini
melahirkan laras iaitu penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi
dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan.
Misalnya, kata-kata untuk bergurau senda berbeza daripada kata-kata yang
digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan
bahawa penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial
seperti keadaan dan tempat. Penggunaan bhasa yang berbeza-beza mengikut faktor
geografi atau daerah disebut dialek daerah.
Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan
sesuatu bahasa. Seuatu laras bermaksud variasi yang ada pada setiap penutur.
Contoh laras bahasa; laras bahasa doa, khutbah dan upacara. Ciri-ciri laras
yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan.
Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang
digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Sementara Hill
(Institutional Linguistics) (1958) mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra
gaya dan cara iaitu style, genre, dan
mode. Joos (1962) pula melihat laras bahsa dari dimensi formaliti telah
menegaskan gaya dengan membahagikan dengan 5 jenis bahagian iaitu beku, formal,
rundingan, selamba dan intim dalam tulisannya di The Five Clocks.
Halliday (1968) pula mendefinasikan laras bahasa sebagai variasi bahasa
yang berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras dari 3 dimensi iaitu;



v
Tajuk wacana
Merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan,
sukan dan sebagainya. Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta
jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan. Jika wacana ini merupakan wacana
ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus kepada
perkara yang dibincangkan. Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari
perlawanan bola sepak, ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek
banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.
v
Cara penyampaian
Sama ada wacana berkenaan disampaikan secara lisan atau tulisan. Jika
lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan, khutbah
dan doa. Jika tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi, surat peribadi,
memorandum dan iklan.
v
Gaya penyampaian
Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi
formal atau tidak formal. Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam
majlis formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.
LARAS
BIASA
·
Digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan, pengetahuan
dan penerangan, maklumat pemujukan.
|
LARAS
KHUSUS
·
Digunakan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam
bidang tertentu dan pelajar.
|
Golongan
laras
|
Bidang
|
Situasi
|
Contoh bahan
|
Biasa
|
Hiburan,
Pengetahuan,
Maklumat,
Upacara/majlis
|
Khalayak umum
|
Berita,
Laporan,
Iklan,
Surat
peribadi,
Ucapan,
Syarahan,
Acara majlis
umum,
Doa khutbah
|
Khusus
|
Doa khutbah,
Teknikal,
Ilmiah
|
Khalayak umum
|
Acara majlis
rasmi,
Rencana,
Ekonomi,
Undang-undang,
Fizik,
Kimia,
Tesis,
Biologi,
Rencana
matematik,
Lukisan
kejuruteraan
|
Aspek
Ayat.
Ayat Aktif & Ayat Pasif.
Dari segi makna tidak ada perbezaan yang ketara antara ayat aktif dan
ayat pasif. Perbezaannya cuma terletak pada penekanan yang diberikan.
Contohnya:
1.
Pemburu
itu telah menembak rusa jantan.
Dalam ayat tersebut yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu
pemburu itu. Jikalau ayat ini dipasifkan objek asal iaitu rusa jantan
dikedepankan dan diberikan penekanan.
a.
Rusa jantan telah ditembak oleh pemburu itu.
Manakala apabila frasa yang menyatakan objek pelaku yang dianggap tidak
penting langsung dan digugurkan iaitu frasa pemburu itu.
b. Rusa jantan telah ditembak.
Dalam ketiga-tiga ayat ini, susunan subjek dan predikatnya dan unsur
penguguran bahagian tertentu membawa penekanan yang berbeza kepada laras. Aspek
keformatan bahasa juga dapat dilihat melalui pilihan ayat aktif dan pasif. Ayat
pasif biasanya digunakan dalam laporan. Contohnya:
Kajian itu telah dijalankan selama enam bulan. Salah satu dapatan kajian
itu adalah bahawa gejala itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Selain itu, bagi menunjukkan dengan lebih jelas penekanan yang berbeza
yang dihasilkan melalui susunan ayat ialah
I. Mereka ke Melaka minggu lalu
II. Minggu lalu mereka ke Melaka
III. Ke Melaka mereka minggu lalu
I. Mereka ke Melaka minggu lalu
II. Minggu lalu mereka ke Melaka
III. Ke Melaka mereka minggu lalu
Ayat
Pendek & Ayat Panjang
Kepanjangan ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang membezakan
laras. Ayat dibawah memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri
daripada rentetan ayat-ayat tunggal pendek.
Contohnya:
Contohnya:
Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya
nama rajanya, Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau;
tiada la ia menyembah ke Melaka.
Manakala ayat-ayat panjang menjadi kegemaran sebahagian penulis pada
masa kini. Contohnya:
Kerajaan disarankan menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun
hadapan, dalam usaha merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di kalangan
pelajar yang bakal menjadi pemimpin Negara.
(Berita Harian, 26 Disember 2000)
Dalam contoh ini, binaan ayat agak panjang yang terdiri daripada ayat
induk dengan pelbagai bentuk perluasan disamping ayat kecil.
Manakala contoh kedua terdiri daripada ayat majmuk yang berbentuk ayat
majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan relative dan keterangan. Contohnya:
Dasar ekonomi baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat
untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan
penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan masih belum dicapai sepenuhnya.
Jenis-jenis
laras bahasa berserta contoh.
1. Laras
biasa
Laras ini merupakan penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang
bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan
seharian. Oleh itu, laras bahasa tidak mengandungi istilah atau pola yang
khusus.
Contoh: Hai Mat! Nak kemana tu? Tak singgah dulu?
2. Laras
bahasa perniagaan
Ø Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan,
perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan.
·
Contoh: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatakan
prestasi di luar jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
setengah tahun yang pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi keuntungan sebanyak
RM47.754 juta bagi tahun lalu.
Ø Laras jenis ini kebiasaannya digunakan untuk mengiklankan jenama barang
yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya
membeli barang menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.
Ø Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
Ø Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu, atau mengubah
sikap dan melakukan tindakan.
Ø Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya, disokong pula
dengan gambar, lukisan, grafik, ilutrasi dan sebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:



3. Laras
bahasa akedemik
Laras akedemik boleh dibahagikan
kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranya
laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya
terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang
akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.
Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan
kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang
berkenaan.
Contoh dalam bidang ekonomi: Perubahan dalm pola guna tenaga merupakan
gejala yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor
pertanian yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin ramai
diserap ke dalam sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.
Contoh laras sains dalam bidang biologi: Sel-sel kelenjar kolon
merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon
kea arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembaskan di bahagian kolon.
Cecair yang dirembaskan bersifat alkali.
Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia: Sejauh mana pencarian
OH atau H2O pada permukaan bergantung pada pH, seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 8.11 dan seperti yang diramalkan daripada persamaan 8.21.
4.
Laras bahasa undang-undang
Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa
melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras
undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.
Contoh: Defenden membantah pada awal prosidangan kerana tidak bersetuju
dengan cadangan plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak
relevan dengan perbicaraan berkenaan.
Contoh: Barangsiapa yang:-
a.
Memberikan kepadanya diri sendiri @ menyeksa mana-mana
orang lain bertentangan dengan peruntukan seksyen 14 dengan memberikan
kepadanya dadah merbahaya yang ditetapkan di bahagian 3 dan 4 dari jadual
pertama atau
b. dijumpai berada di mana-mana premis yang telah dikhaskan atau digunakan
untuk mana-mana tujuan seperti yang telah ditetapkan dalam seksyen 13 supaya
mana-mana dadah berbahaya tersebut boleh diberikan atau dihisap atau dengan
kaedah lain olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap akta ini dan
jika disabitkan hendaklah di denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau
dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih dari 2 tahun.
5. Laras
bahasa media
Laras bahasa media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya
penggunaan imbuhan dan kata hubung.
Berita sebagai satu wacana yang mempunyai struktur teks yang tersendiri,
lain daripada struktur teks cereka dan lain pula daripada sruktur teks esei dan
ilmiah.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:
I. Bahasa yang mudah digunakan
II. Gaya tulisan yang jelas.
III. Isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa perlulah sesuai dengan kegunaan orang ramai.
I. Bahasa yang mudah digunakan
II. Gaya tulisan yang jelas.
III. Isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa perlulah sesuai dengan kegunaan orang ramai.
Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu
peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang
maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton.
Contoh: perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas
menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, meggunakan petikan,
metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
6. Laras
bahasa sastera.
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, prespektif, dramatik
dan puisi.
Beberapa ciri bahasa sastera:
I. Kreatif dan imaginatif: kabur mesej
II. Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata.
III. Puitis dan hidup: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya
IV. Menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personafikasi, ilusi, ambiguity dan sebagainya.
V. Terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Contoh: Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.
I. Kreatif dan imaginatif: kabur mesej
II. Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata.
III. Puitis dan hidup: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya
IV. Menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personafikasi, ilusi, ambiguity dan sebagainya.
V. Terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Contoh: Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.
Contoh (novel): Perkarangan tempat menunggu di unit kecemasan Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah hampir 15
minit tiba, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang
terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering. Penantiannya bagaikan tiada
jawapan.
7. Laras
Bahasa Agama.
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab.
Struktur ayatnya banyak mempengaruhi struktur bahasa Arab.
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Contoh (doa): Wahai Tuhan kami, kami meminta daripada Engkau
kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan
sebelum mati, rahmat pada kala mati dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan
kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari azab
api neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.
8. Laras
Bahasa Sukan.
Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.
Contoh: sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang
paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan
berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang
mungkin dengan pasukan lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan
masing-masing.
9. Laras
Bahasa Sains Komputer.
Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer peribadi
(PC) sering dianggap remeh, kerana sifatnya yang agak membosankan meskipun
aktivti ini penting. Seperti perkakasan, senggaraan secara berterusan juga
perlu untuk perisian, sistem operasi (OS), program dan data.
No comments:
Post a Comment