Thursday, 16 October 2014

Gaya hidup sihat

Pemakaian kasut tumit tinggi tidak lagi asing bagi kaum wanita. Selain rekaannya yang cantik, kasut tumit tinggi membuatkan wanita berdiri dengan gaya menawan. Tidakkah kita tahu bahawa pemakaian kasut tumit tinggi sememangnya bahaya? Tidak kira sama ada kasut tersebut dari barangan berjenama atau tidak berjenama. Wanita kini perlulah sedar bahawa pemakaian kasut tinggi ini sebetulnya membahayakan kesihatan.
             Kecenderungan yang tinggi boleh menyebabkan buku lali wanita terseliuh. Pelbagai lagi masalah disebabkan pemakaian kasut tumit tinggi ini seperti radang saraf dan ligamen, sakit di bahagian belakang badan wanita.
             Bunion (hallux valgus) ialah salah satu penyakit yang akan timbul dalam pemakaian kasut tumit tinggi. Bunion ialah ibu jari kaki masuk ke dalam arah jari kedua.

              Kaki adalah anggota badan yang penting perlu dijaga oleh setiap manusia. Jika tidak, ia akan menggangu sistem lain dan mungkin akan menjejaskan kesihatan. Antara lain, betis akan memendek dan tegang akibat tumit tertolak ke atas akibat dari pemakaian tumit tinggi tersebut. Hal ini boleh menyebabkan kaki atau betis wanita mudah mengalami kekejangan dan juga sakit di bahagian tumit.

       Seterusnya, selain sakit di bahagian kaki atau betis, bahagian belakang badan juga boleh terlibat dalam masalah pemakaian kasut tumit tinggi ini. Bahagian tulang belakang wanita akan mudah sakit dan berasa lenguh.

(Kesan memakai kasut tumit tinggi)
Kepada wanita penggemar kasut tumit tinggi mengikut fesyen dan reka bentuk baru, beringatlah bahawa perkara ini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan dalam kalangan wanita. Pemakaian kasut tumit tinggi ini juga boleh menyebabkan pinggul condong kedepan. Sebelum masalah kesihatan ini datang dalam kalangan wanita, marilah kita bersama-sama beringat bahawa tidak semestinya dengan memakai kasut bertumit tinggi boleh kelihatan bargaya dan menawan namun kasut bertumit sederhana juga boleh kelihatan menawan asalkan keyakinan diri perlu ada dalam diri setiap wanita untuk tampil lebih bergaya. Kesihatan diri perlulah diutamakan.

No comments:

Post a Comment