Thursday, 16 October 2014

Gaya hidup sihat

Pemakaian kasut tumit tinggi tidak lagi asing bagi kaum wanita. Selain rekaannya yang cantik, kasut tumit tinggi membuatkan wanita berdiri dengan gaya menawan. Tidakkah kita tahu bahawa pemakaian kasut tumit tinggi sememangnya bahaya? Tidak kira sama ada kasut tersebut dari barangan berjenama atau tidak berjenama. Wanita kini perlulah sedar bahawa pemakaian kasut tinggi ini sebetulnya membahayakan kesihatan.
             Kecenderungan yang tinggi boleh menyebabkan buku lali wanita terseliuh. Pelbagai lagi masalah disebabkan pemakaian kasut tumit tinggi ini seperti radang saraf dan ligamen, sakit di bahagian belakang badan wanita.
             Bunion (hallux valgus) ialah salah satu penyakit yang akan timbul dalam pemakaian kasut tumit tinggi. Bunion ialah ibu jari kaki masuk ke dalam arah jari kedua.

              Kaki adalah anggota badan yang penting perlu dijaga oleh setiap manusia. Jika tidak, ia akan menggangu sistem lain dan mungkin akan menjejaskan kesihatan. Antara lain, betis akan memendek dan tegang akibat tumit tertolak ke atas akibat dari pemakaian tumit tinggi tersebut. Hal ini boleh menyebabkan kaki atau betis wanita mudah mengalami kekejangan dan juga sakit di bahagian tumit.

       Seterusnya, selain sakit di bahagian kaki atau betis, bahagian belakang badan juga boleh terlibat dalam masalah pemakaian kasut tumit tinggi ini. Bahagian tulang belakang wanita akan mudah sakit dan berasa lenguh.

(Kesan memakai kasut tumit tinggi)
Kepada wanita penggemar kasut tumit tinggi mengikut fesyen dan reka bentuk baru, beringatlah bahawa perkara ini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan dalam kalangan wanita. Pemakaian kasut tumit tinggi ini juga boleh menyebabkan pinggul condong kedepan. Sebelum masalah kesihatan ini datang dalam kalangan wanita, marilah kita bersama-sama beringat bahawa tidak semestinya dengan memakai kasut bertumit tinggi boleh kelihatan bargaya dan menawan namun kasut bertumit sederhana juga boleh kelihatan menawan asalkan keyakinan diri perlu ada dalam diri setiap wanita untuk tampil lebih bergaya. Kesihatan diri perlulah diutamakan.

MUZIK


       Muzik ialah satu irama yang mempunyai pelbagai rentak dan boleh djuga mempunyai pelbagai kentak dan boleh terima oleh individu dab berbeza bergantung kepada sejarah,lokasi,budaya dan citarasa seorang.Muzik juga dapat meluahkan perasaan dan tenaga oleh individu terutama dan mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.Keadaan ini menyebabkan rancangan muzikal telah mendapat sambutan hangat masyarakat terutama remaja.Sesungguhnya,muzik juga mempunyai pelbagai kesimpulanya yang boleh mengubah kehidupan seseorang.
   

       Terdapat pelbagai jenis genre dalam satu rentak muzik.Aantaranya ialah Jazz ialah salah satu daripada rentak muzik bercirikan sifat angkuh,bongkak dan sebagainya. Muzik Jazz merupakan jenis muzik yang dikembang pertama kali oleh orang-orang Amerika.Muzik  ini berasal dari New Orleans,Amerika Syarikat. Muzik Jazz juga boleh menggunakan intrumen.Sebagai contohnya piano,bass,drum,gitar,saksoton,trambon dan trompet ialah instrumen utama yang sering digunakan pada muzik Jazz.

     Begitu juga dengan muzik lain. Antaranya ialah RnB. Muzik rhyrhm dan blues atau juga dikenali sebagai RnB adalah genre muzik popular menggabungkan jazz, gospel dan blues yang pertama kali diperkenalkan oleh pemuzik Amerika Syarikat . Muzik ini telah berkembang selama bertahun-tahun dan menghiburkan pendengar dengan berbagai genre RnB versi awal berfokus pada hitme boogie dengan artis terkenal antara lain Bo Diddley dan Chuck Berry. Antara contoh lagu RnB ialah All of Me dinyanyikan oleh John Legend, Stan dinyanyikan oleh Eminem dan sebagainya.

     Bukan itu sahaja, muzik juga boleh melibatkan tarian yang rancak mahupun tradisional. Antaranya ialah K-pop. Pop Korea atau K-pop adalah sejenis aliran muzik popular yang berasal dari Korea Selatan. Kebanyakan artis dan kelompok pemuzik dari Korea menggunakan aliran muzik ini. K-pop mengandungi campuran genre hip-hop elektro, pop, rock dan RnB. Aliran ini telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang  menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea. Kemampuan K-pop untuk mencapai penonton yang sebelum ini tidak dapat diekses melalui internet telah memacu satu anjakan paradigma dalam pendedahan dan kepopularan genre ini. Antara contoh lagu kpop ialah Sorry Sorry dinyanyikan oleh Super Junior dan Growl dinyanyikan oleh EXO.
      
    Kesimpulannya, terdapat pelbagai muzik yang boleh kita dengari melalui radio, "youtube" dan sebagainya. Tetapi terdapat banyak juga kelebihan dan keburukan muzik.

Laras bahasa

Laras Bahasa
Laras bahasa membincangkan 2 konsep iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. Contoh: dialek Kelantan, Terengganu, Sarawak dan sebagainya.

Penggunaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan secara berbeza-beza dalam pelbagai situasi. Penggunaan yang berbeza-beza ini melahirkan laras iaitu penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya, kata-kata untuk bergurau senda berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat. Penggunaan bhasa yang berbeza-beza mengikut faktor geografi atau daerah disebut dialek daerah.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Seuatu laras bermaksud variasi yang ada pada setiap penutur. Contoh laras bahasa; laras bahasa doa, khutbah dan upacara. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan.
Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Sementara Hill (Institutional Linguistics) (1958) mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra gaya  dan cara iaitu style, genre, dan mode. Joos (1962) pula melihat laras bahsa dari dimensi formaliti telah menegaskan gaya dengan membahagikan dengan 5 jenis bahagian iaitu beku, formal, rundingan, selamba dan intim dalam tulisannya di The Five Clocks.

Halliday (1968) pula mendefinasikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras dari 3 dimensi iaitu;
*      Tajuk wacana
*      Cara penyampaian
*     Gaya penyampaian

v Tajuk wacana
Merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan dan sebagainya. Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan. Jika wacana ini merupakan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibincangkan. Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak, ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.
v Cara penyampaian
Sama ada wacana berkenaan disampaikan secara lisan atau tulisan. Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan, khutbah dan doa. Jika tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi, surat peribadi, memorandum dan iklan.
v Gaya penyampaian
Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tidak formal. Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.


LARAS BIASA
·         Digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan, pengetahuan dan penerangan, maklumat pemujukan.
 



LARAS KHUSUS
·         Digunakan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar.




Golongan laras
Bidang
Situasi
Contoh bahan
Biasa
Hiburan,
Pengetahuan,
Maklumat,
Upacara/majlis
Khalayak umum
Berita,
Laporan,
Iklan,
Surat peribadi,
Ucapan,
Syarahan,
Acara majlis umum,
Doa khutbah
Khusus
Doa khutbah,
Teknikal,
Ilmiah
Khalayak umum
Acara majlis rasmi,
Rencana,
Ekonomi,
Undang-undang,
Fizik,
Kimia,
Tesis,
Biologi,
Rencana matematik,
Lukisan kejuruteraan




Aspek Ayat.
Ayat Aktif & Ayat Pasif.
Dari segi makna tidak ada perbezaan yang ketara antara ayat aktif dan ayat pasif. Perbezaannya cuma terletak pada penekanan yang diberikan. Contohnya:

1.       Pemburu itu telah menembak rusa jantan.
Dalam ayat tersebut yang diberi penekanan ialah subjek ayat, iaitu pemburu itu. Jikalau ayat ini dipasifkan objek asal iaitu rusa jantan dikedepankan dan diberikan penekanan.
a.        Rusa jantan telah ditembak oleh pemburu itu.
Manakala apabila frasa yang menyatakan objek pelaku yang dianggap tidak penting langsung dan digugurkan iaitu frasa pemburu itu.
b.       Rusa jantan telah ditembak.
Dalam ketiga-tiga ayat ini, susunan subjek dan predikatnya dan unsur penguguran bahagian tertentu membawa penekanan yang berbeza kepada laras. Aspek keformatan bahasa juga dapat dilihat melalui pilihan ayat aktif dan pasif. Ayat pasif biasanya digunakan dalam laporan. Contohnya:
Kajian itu telah dijalankan selama enam bulan. Salah satu dapatan kajian itu adalah bahawa gejala itu tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Selain itu, bagi menunjukkan dengan lebih jelas penekanan yang berbeza yang dihasilkan melalui susunan ayat ialah
I. Mereka ke Melaka minggu lalu
II. Minggu lalu mereka ke Melaka
III. Ke Melaka mereka minggu lalu

Ayat Pendek & Ayat Panjang
Kepanjangan ayat juga merupakan satu ciri linguistik yang membezakan laras. Ayat dibawah memperlihatkan susunan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada rentetan ayat-ayat tunggal pendek. 
Contohnya:
Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Kampar, Maharaja Jaya nama rajanya, Pekan Tua nama negerinya, asalnya daripada Raja Minangkabau; tiada la ia menyembah ke Melaka.
Manakala ayat-ayat panjang menjadi kegemaran sebahagian penulis pada masa kini. Contohnya:
Kerajaan disarankan menubuhkan Kelab Perpaduan di semua sekolah tahun hadapan, dalam usaha merapatkan hubungan antara pelbagai kaum di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin Negara.
(Berita Harian, 26 Disember 2000)
Dalam contoh ini, binaan ayat agak panjang yang terdiri daripada ayat induk dengan pelbagai bentuk perluasan disamping ayat kecil.
Manakala contoh kedua terdiri daripada ayat majmuk yang berbentuk ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan relative dan keterangan. Contohnya:
Dasar ekonomi baru yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan matlamat untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan masih belum dicapai sepenuhnya.

Jenis-jenis laras bahasa berserta contoh.
1.       Laras biasa
Laras ini merupakan penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan seharian. Oleh itu, laras bahasa tidak mengandungi istilah atau pola yang khusus.
Contoh: Hai Mat! Nak kemana tu? Tak singgah dulu?
2.       Laras bahasa perniagaan
Ø  Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan.
·         Contoh: Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatakan prestasi di luar jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun yang pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi keuntungan sebanyak RM47.754 juta bagi tahun lalu.
Ø  Laras jenis ini kebiasaannya digunakan untuk mengiklankan jenama barang yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barang menerusi cara penyampaian yang menarik sekali.
Ø  Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis.
Ø  Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu, atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.
Ø  Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya, disokong pula dengan gambar, lukisan, grafik, ilutrasi dan sebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
*      Slogan: Kami ada cara.
*      Kaedah penyataan: Rumah untuk dijual/sewa.
*      Kaedah umpan: Beli satu, percuma satu.

3.       Laras bahasa akedemik
 Laras akedemik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkan bidang ilmu yang diperkatakan. Antaranya laras sains, laras ekonomi, laras sastera dan sebagainya. Laras ini kemudiannya terbahagi pula kepada beberapa sub-bidang yang terdapat dalam sesuatu bidang akademik. Misalnya, dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik.

Dalam bidang akademik, laras yang digunakan mudah dikesan dengan kehadiran istilah-istilah teknikal dan khusus yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
Contoh dalam bidang ekonomi: Perubahan dalm pola guna tenaga merupakan gejala yang umum dalam proses pembangunan ekonomi. Lebihan buruh daripada sektor pertanian yang mempunyai daya pengeluaran marginal yang rendah semakin ramai diserap ke dalam sektor industri yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.
Contoh laras sains dalam bidang biologi: Sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan kolon kea arah rektum. Tidak terdapat enzim yang dirembaskan di bahagian kolon. Cecair yang dirembaskan bersifat alkali.
Contoh laras bahasa sains dalam bidang geokimia: Sejauh mana pencarian OH atau H2O pada permukaan bergantung pada pH, seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.11 dan seperti yang diramalkan daripada persamaan 8.21.
4.       Laras bahasa undang-undang
Merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.
Contoh: Defenden membantah pada awal prosidangan kerana tidak bersetuju dengan cadangan plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
Contoh: Barangsiapa yang:-
a.        Memberikan kepadanya diri sendiri @ menyeksa mana-mana orang lain bertentangan dengan peruntukan seksyen 14 dengan memberikan kepadanya dadah merbahaya yang ditetapkan di bahagian 3 dan 4 dari jadual pertama atau
b.       dijumpai berada di mana-mana premis yang telah dikhaskan atau digunakan untuk mana-mana tujuan seperti yang telah ditetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-mana dadah berbahaya tersebut boleh diberikan atau dihisap atau dengan kaedah lain olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap akta ini dan jika disabitkan hendaklah di denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih dari 2 tahun.

5.       Laras bahasa media
Laras bahasa media massa kurang mementingkan gaya atau nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung.
Berita sebagai satu wacana yang mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka dan lain pula daripada sruktur teks esei dan ilmiah.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah:
I. Bahasa yang mudah digunakan
II. Gaya tulisan yang jelas.
III. Isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa perlulah sesuai dengan kegunaan orang ramai.

Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton.

Contoh: perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, meggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
6.       Laras bahasa sastera.
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, prespektif, dramatik dan puisi.
Beberapa ciri bahasa sastera:
 I. Kreatif dan imaginatif: kabur mesej
II. Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata.
III.  Puitis dan hidup: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya
IV. Menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personafikasi, ilusi, ambiguity dan sebagainya.
V. Terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Contoh: Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akan membincangkan beberapa aspek seperti tema, kronologi, mesej yang ingin disampaikan, watak dan perwatakan unsur termasuk personifikasi dan metafora.

Contoh (novel): Perkarangan tempat menunggu di unit kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kelihatan lengang. Qasdina yang sudah hampir 15 minit tiba, sekadar menyepikan diri di deretan bangku-bangku kosong yang terdapat di situ. Air matanya sudah lama kering. Penantiannya bagaikan tiada jawapan.

7.       Laras Bahasa Agama.

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab.
Struktur ayatnya banyak mempengaruhi struktur bahasa Arab.
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Contoh (doa): Wahai Tuhan kami, kami meminta daripada Engkau kesejahteraan dalam agama, kesihatan tubuh badan, keberkatan rezeki, keampunan sebelum mati, rahmat pada kala mati dan keampunan selepas mati. Wahai Tuhan kami, senangkanlah kami waktu menghadapi kematian dan lepaskan kami dari azab api neraka dan anugerahi kami kemaafan pada waktu perkiraan.

8.       Laras Bahasa Sukan.

Berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan kegiatan sukan.

Contoh: sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan berpasukan. Dalam sistem ini setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing.

9.       Laras Bahasa Sains Komputer.


Mengandungi istilah-istilah berkaitan dengan peranti komputer peribadi (PC) sering dianggap remeh, kerana sifatnya yang agak membosankan meskipun aktivti ini penting. Seperti perkakasan, senggaraan secara berterusan juga perlu untuk perisian, sistem operasi (OS), program dan data.

Friday, 10 October 2014

Pantun Nasihat

Bunga mawar harum mewangi,
Dipetik oleh sang puteri,
Mulut diberi kurniaan Ilahi,
Jangan sekali menghina rezeki,

Mandi perigi di pagi hari,
Mengambil air menggunakan timba,
Sifat sombong haruslah dijauhi,
Tolong-menolong amalan mulia,

Matahari terbenam dikala senja,
Digantikan dengan bulan purnama,
Berjimat cermat dalam belanja,
Kerana tamak merugikan kita,

Daun ketumbar buah pelaga,
Diguna dalam masakan utara,
Sentiasa sopan bila bicara,
Budi bahasa budaya kita,

Buah nangka buah durian,
Warnanya hijau rasanya memikat,
Bersatu padu sesama insan,

Bekerjasama membawa berkat.