Monday, 1 September 2014

      Perbezaan Antara Hari Raya Dahulu Dan Sekarang.

     Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa .Persoalannya, apakah perbezaan antara sambutan perayaan zaman dahulu dan sekarang terdapat masa kini? Adakah disebabkan peredaran zaman? Pelbagai perbezaan sambutan perayaan pada zaman 80-an dan pada zaman serba moden yang kita boleh senaraikan. Pengalaman seperti ini akan mengembalikan zaman-zaman kita menyambut perayaan ketika itu.

     Sambutan perayaan zaman dahulu jelaslah berbeza kerana perayaan pada zaman dahulu kanak-kanak sibuk bermain bunga api,meriam buluh,dan mercun tetapi pada sambutan perayaan zaman sekarang jelaslah berbeza kerana kanak-kanak zaman sekarang leka bermain gadget seperti ipad,tablet dan sebagainya.Hal ini boleh menyebabkan hubungan antara saudara-mara boleh berjauhan kerana tiada komunikasi di antara mereka.

     Ucapan hari raya memang tidak asing bagi seluruh rakyat Malaysia, tetapi hal ini persoalannya, kenapa ucapan tersebut tidak lagi melalui kad raya seperti zaman dahulu. Rakyat Malaysia sekarang lebih gemar memberi ucapan melalui laman sosial seperti Facebook,Whatsapp,Twitter dan sebagainya. Hal ini menyebabkan tradisi melayu tidak lagi digunakan. Kebiasaanya kad raya selalu disimpan sebagai kenangan tetapi tiada lagi kenangan yang boleh disimpan.

      Seterusnya,jelas sekali juadah pada masa kini dan dahulu berbeza kerana sambutan perayaan zaman dahulu kita sering lihat juadah hari raya seperti lemang, lontong, rendang dan sebagainya tetapi juadah sekarang digantikan dengan makanan barat seperti spaghetti,nugget dan kuih raya pula ada yang dinamakan biskut "Almond London". Tradisi juadah dahulu tidak lagi dihidangkan di pagi raya.

       Baju kebaya,baju kurung dan baju melayu merupakan baju tradisi bangsa melayu pada perayaan Aidilfitri pada zaman 80-an tetapi pada era globalisasi ini masyarakat melayu lebih gemar mengayakan baju dengan pelbagai fesyen sehingga sanggup menghabiskan wang untuk kelihatan lebih bergaya dan mewah di pagi raya. Hal ini akan menyebabkan tradisi melayu dilupakan.

        Selanjutnya, lagu raya sering dimainkan di radio seminggu sebelum raya. Persoalannya lagu raya sekarang tidak dicipta seperti lagu raya pada zaman dahulu. Lagu raya pada zaman Allahyarham Sudirman yang dicipta dan dinyanyikan dengan penuh emosi dan terdapat sedikit pengajaran manakala lagu raya pada zaman moden ini, hanya mangambil keuntungan dan tidak bertahan lama seperti lagu raya pada zaman dahulu.

         Duit raya dan kanak-kanak memang sinonim namun kanak-kanak pada zaman sekarang hanya tahu merungut jika diberi duit raya sebanyak RM2 dan RM1. Berbeza pada zaman dahulu, mereka hanya mendapat 50 sen atau 20 sen sahaja. Adakah ini disebabkan perubahan ekonomi pada zaman kini?

         Seminggu atau dua minggu sebelum raya pastinya ekspo raya diadakan di setiap bandar tidak kiralah besar atau kecil. Ekspo raya jelaslah menampakan perbezaan sambutan perayaan pada zaman kini dan dahulu. Pada zaman dahulu mereka hanya membeli persiapan raya di kedai tetapi sekarang pelbagai kedai yang menjual persiapan raya.

         Tambahan pula, iklan mengenai hari raya tidak sah jika tidak ditayangkan di kaca televisyen. Persoalannya, iklan tersebut akan ditayangkan sebelum puasa lagi tetapi pada zaman dahulu iklan mengenai raya akan ditayangkan seminggu sebelum raya. Jelaslah perbezaan seperti ini kita lihat pada zaman sekarang.

         Perubahan paling ketara yang kita dapat saksikan pada masa kini ialah apabila rakyat Malaysia tidak lagi mengunjungi rumah saudara-mara atau jiran pada raya pertama malah mereka sibuk mengejar filem yang ditayangkan di panggung wayang. Tradisi kunjung-mengunjungi semakin dilupakan. Kesan ini boleh menyebabkan anak-anak tidak dapat mengenal saudara-mara atau jiran mereka.

         Jelaslah bahawa sambutan perayaan pada zaman kini tidak semeriah seperti zaman atuk nenek kita. Tradisi melayu semakin pupus di muka bumi ini. Yang tinggal hanyalah anak-anak muda dan ibu bapa mengikut cara moden  dan tradisi barat yang semakin berleluasa di muka bumi ini. Berharap agar seluruh rakyat Malaysia sedar akan perkara ini supaya tradisi melayu pada hari raya dikekalkan.

No comments:

Post a Comment